Friday 30 July 2010

Sejarah Tembok Berlin

Tembok Berlin (bahasa Jerman: Die Berliner Mauer) merupakan tembok di tengah-tengah bandar Berlin. Tembok Berlin menjadi ikon atau simbol kepada Perang Dingin , mula dibina 13 Ogos 1961 dan diruntuhkan kemudian pada 9 November 1989. Ia menjadi tirai besi dan menjadi garisan sempadan antara Jerman Barat dan Jerman Timur selama 28 tahun. Tembok Berlin diarahkan pembinaannya oleh pemimpin Jerman Timur iaitu Walter Ulbricht dan diluluskan oleh pemimpin Rusia ketika itu Nikita Khrushchev. Tembok ini dibina selepas Perang Dunia Kedua.

Tujuan dibina bagi menghentikan penghijrahan besar-besaran tenaga kerja muda dan produktif Jerman Timur ke Jerman Barat. Ramai golongan profesional dan pekerja mahir berhijrah dan ini meninggalkan kesan ekonomi yang teruk kepada Jerman Timur.Mulanya pernghijrahkan seramai 2.5 juta dalam tempoh 1949 - 1962. Penghijrahan berkurang kepada 5000 orang dalam tempoh 1962-1989.

Latar Belakang
Selepas tamat Perang Dunia II di Eropah dan Jerman telah tewas, Jerman telah terbahagi kepada 4 zon. Bandar Berlin diduduki oleh pihak Bersekutu dan terpecah pula kepada beberapa zon penjajah lagi. Zon yang dikuasai oleh Perancis, British dan Amerika telah membentuk Republik Persekutuan Jerman ( Jerman Barat) pada 1949. Sementara zon yang dikuasai oleh Kesatuan Soviet membentuk Republik Demokratik Jerman ( Jerman Timur ) pada tahun yang sama 1949.

Sejak 1948, Jerman Barat dibangunkan kedalam negara negara kapitalis Barat yang berasaskan ekonomi pasaran bebas.Kerajaan demokrasi berparlimen dibentuk. Pertumbuhan ekonomi sejak 1950-an menunjukkan peningkatan yang mendadak berbanding dengan Jerman Timur yang mengamalkan sistem komunis, kerajaan autokratik dan berkhiblatkan komunis di Soviet Rusia. Ketika Jerman Barat semakin kaya hingga melebihi kebanyakan negara Eropah yang lain. Sedangkan warga Jerman Timur masih memperjuangkan kebebasan berpolitik dan pertumbuhan ekonomi.

Penghijrahan golongan profesional dari 1949 - 1961 setiap hari dinamakan "Grenzgeger". Golongan profesional ini membantu pembinaan semula Eropah Barat sebagaimana Plan Marshall. Ramai penduduk Eropah Barat melancong dan membeli belah di Jerman Timur kerana harga yang murah dan menarik. Kebanyakan barang mendapat subsidi daripada kerajaan . Ekonomi Jerman Timur banyak dibantu oleh Kesatuan Soviet.

Tembok ini sepanjang 45 km dibina pada hari ahad, 13 Ogos 1961 di sebelah bandar Berlin Timur. Pagi itu, pasukan tentera Jerman Timur dan pekerja awam mula membinanya. Pada mulanya tidak melibatkan pihak Soviet Rusia. Tentera NVA dan KDA akan menembak sesiapa yang menyeberangi sempadan bandar Berlin itu.

Ramai keluarga yang terpisah akibat Tembok Berlin ini . Ada ibu bapa yang tinggal di Jerman Barat sementara anak-anak tinggal di Jerman Timur. Ini menyebabkan beban emosi kepada kedua-dua pihak yang berpisah. Penduduk Jerman Barat seperti Datuk Bandar Willt Brandt mengkritik Amerika Syarikat yang mendiamkan diri melihat Tembok Berlin ini.

Kebanjiran pelarian dari Jerman Timur ke Jerman Barat dan ke negara-0negara Eropah lain dapat disekat dengan adanya Tembok Berlin. Presiden John F. Kennedy melawat Tembok Berlin pada 26 Jun 1963 . Perjanjian selepas Perang Dunia Kedua iaitu di antara 4 adikuasa iaitu Perancis, United Kingdom dan Amerika Syarikat menerima hakikat keperluan pembinaan Tembok Berlin. Kerajaan Jerman Barat mendakwa Tembok Berlin sebagai 'sempadan melindungi anti fasist'. Hakikatnya berjuta-juta keluarga terpisah.Pada 1987 Presiden Amerika Syarikat Ronald Reagan berucap di Brandenburg Gate , mencabar Mikhail Gorbachev untuk meruntuhkan tembok tersebut.

Pada Jun 1962 Jerman Timur hanya membina pagar sepanjang 81 meter . Tetapi pada 1989 menjadi sepanjang 155 km dengan tembok batu . Mana-mana rumah di atas Tembok Berlin telah dipindahkan. Ramai yang telah membina terowong agar dapat menyeberang ke Jerman Barat. Tetapi tentera Jerman Timur memasang jerangkap samar dan bom-bom. Ramai yang terbunuh dan dibunuh ketika cuba memanjat dan melintasi Tembok Berlin.

Pembinaan
Tembok ini dibina mulai 13 Ogos 1961 iaitu selepas 15 tahun Jerman Timur ditubuhkan. Ketika itu Jerman Timur diperintah oleh Walter Ulbricht. Pembinaan ini telah dipersetujui Nikita Khrushchev, pemimpin Soviet yang risau dengan penguasaan Amerika Syarikat dan sekutunya di Jerman. Pembinaan pagar (1961) . Pagar berduri dibaiki (1962-1965) .Tembok batu (1965-1975) .Grenzmauer 75 (Border Wall 75) (1975-1989) . Tembok ini setinggi 3.6 meter dan 1.2 meter lebar. Ia hampir menyamai fungsi Tembok Besar di China. Kos pembinaan ialah 16,155,000 mark Jerman Timur. Ada 116 menara tinjau dan 20 bunkers.

Ada lapan pintu masuk bagi lawatan rasmi dari Jerman Barat ke Jerman Timur. Permit kebenaran mestilah ditunjukkan kepada tentera pengawal . Terpenting ialah pintu kawalan Charlie .Beberapa pintu digunakan untuk berhubung dengan negara Poland, Czechoslovakia dan Denmark. Perjanjian 1972 pintu masuk ini dibuka dengan lebih luas.

Selepas Tembok Berlin dibina , kira-kira 5000 berjaya juga melepasinya. Sementara 192 atau 239 terbunuh ketika memanjat tembok ini. Ramai lagi yang cedera. Ada yang terjun dari bangunan di tepi tembok. Ada yang membina pesawat kecil dan mendarat di Berlin Barat.Pelbagai cerita 'kelakar' wujud. Antaranya pasukan RAF Airmen menulis "Wish you were here" dan "Come back soon".Antara mereka ialah Peter Fechter yang ditembak pada 17 Ogos 1962. Orang terakhir ditembak kerana kesalahan melintasi Tembok Berlin ialah Chris Gueffroy iaitu pada 6 Februari 1989.

Bekas Menteri Luar Jerman iaitu Hans-Dietrich Genscher merupakan salah seorang rakyat Jerman Timur yang lari ke Jerman Barat. Genscher berasal dari Halle di Jerman Timur. Tahun 1952, ketika Tembok Berlin belum dibina, beliau bersama keluarganya pindah ke Jerman Barat. Tahun 1974 - 1992 beliau menjadi Menteri Luar Jerman Barat di bawah Chancelor - Helmut Schmidt dan Helmut Kohl.

Idea meruntuhkan
Pembinaan tembok ini telah dimanipulasikan oleh Jerman Barat dan blok kapitalis untuk memburuk-burukkan Jerman Timur dan sistem komunis. Sebaliknya ia menjadi kunci kekuatan kehidupan sebenar dasar komunis yang selalu tutup dan menutup kelemahan mereka dengan cara kekerasan. Komunis bermakna tirai besi atau hidup dalam tembok batu.

Proses liberisasi lewat 1980-an membawa kepada keruntuhan Kesatuan Rusia hingga membenarkan pendemokrasian Jerman Timur. Demonstrasi demi demonstrasi para pekerja telah dibenarkan di Jerman Timur kerana 1987 kemelesetan ekonomi dunia merosot begitu teruk. Kesatuan Sekerja mengambilalih corak kepimpinan kerajaan Jerman Timur dan mendesak Tembok Berlin diruntuhkan agar mereka mudah bekerja di Jerman Barat yang menyediakan lebih peluang pekerjaan.

Tembok ini runtuh dalam beberapa minggu sahaja sedangkan pembinaannya mengambil masa beberapa tahun dan menelan kos yang tinggi. Akhirnya 3 Oktober 1990 penggabungan Jerman Barat dan Jerman Timur.

Tembok Berlin Pecah
Tembok Berlin dibuka semula pada 9 November 1989 ketika Jerman Timur dikuasai oleh Egon Krenz. Runtuhnya Tembok Berlin menandakan penggabungan semula Jerman Barat dan Jerman Timur. Amerika Syarikat berasa sangsi dengan pengabungan ini kerana kemungkinan lahirnya negara saingan dan munculnya "Adolf Hitler" yang baru tidak dapat dielakkan. Perdana Menteri Margaret Thatcher dari Britain hanya mendiamkan diri. Sementara Presiden François Mitterand menyambut baik penggabungan Jerman Barat dan Jerman Timur. Penggabungan ini menguatkan lagi Kesatuan Eropah, dolar Eropah dan menjadi saingan kuat kepada kuasa unipolar Amerika Syarikat.

Sumber: Wikipedia

Tuesday 27 July 2010

Cebisan Sejarah Pahang

Sultan Ahmad ibni Tun Ali

Orang Kaya Indera Maharaja Perba Jelai ke-6 Tok Raja Wan Muhamad bin Tok Raja Wan Idris (1827-1919) bersama anaknya Tok Raja Wan Chik dan seorang cucunya di Bukit Betong 1885

PERANG SAUDARA PAHANG 1857 -1863

Perang saudara di Pahang dibahagikan kepada kepada tiga peringkat, iaitu Peringkat Pertama, atau Perang Kemaman dalam tahun 1857M, Peringkat Kedua, atau Perang Endau & Kuantan dalam tahun 1861M, dan Peringkat Ketiga, atau Perang Temai yang berlaku pada awal tahun 1863M yang berakhir dengan tragedi kemangkatan Tun Mutahir dua beranak akibat luka parah di Kuala Sedili pada bulan Mei1863M.

Perang Peringkat Pertama (Perang Kemaman) dilancarkan pada tahun 1857M, hanya selang beberapa bulan sahaja selepas kemangkatan Bendahara Tun Ali. Perang ini menggunakan kaedah tipu helah dan pertolongan Sultan Baginda Omar dari istana Terengganu. Sultan Baginda telah mengerahkan Orang Besarnya membantu Tun Ahmad jika tidak mahu dihukum bunuh. Bendahara Tun Mutahir pula mendapat surat dari istana Terengganu yang kononnya mengecam tindakan Tun Ahmad dalam persiapannya untuk melanggar Pahang. Pada masa yang sama British telah memaklumkan Sultan Trengganu bahawa baginda boleh masuk campur hal-ehwal Pahang dengan restu Inggeris . Sedangkan pihak Inggeris telah sekeras-kerasnya menghalang Temenggung Ibrahim, Temenggung Johor, iaitu sekutu kuat Tun Mutahir dari masuk campur dan perkara ini dimaklumkan jua didalam surat Inggeris ke Sultan Baginda Omar. Dengan restu senyap-senyap Inggeris Tun Ahmad mengumpul tenaga di Singapura.

Tun Mutahir yang merasa lapang dengan berita ini telah melonggarkan kawalan negeri serta menitahkan puteranya Tun Koris ke Singapura untuk berkahwin dengan puteri Temenggung Ibrahim Johor. Pemergian Tun Koris ditemani oleh adindanya Tun Aman dan Tun Da beserta beberapa orang pengikut. Semasa ketiadaan putera-putera Tun Mutahir, Tun Ahmad melanggar Pekan dan Gancung dalam masa beberapa hari sahaja. Banyak harta dapat dirampas termasuklah dari istana Gancung. Dalam peristiwa tersebut, Tun Ahmad sempat dilantik oleh orang Kemaman sebagai Bendahara Siwa Raja? tidak melalui adatnya. Kejadian ini berlaku hanya lebih kurang 5 bulan selepas kemangkatan Bendahara Tun Ali pada tahun 1857M. Walaubagaimanapun, Pekan dan Gancong kemudiannya dapat ditawan semula sekembalinya putera-putera Tun Mutahir dari Singapura dan strategi mengusir Tun Ahmad dan para pengikutnya disusun dengan lebih kemas dan teratur. Pada tahap ini, kesemua rakyat Pahang beserta para pembesarnya berada di pihak Tun Mutahir.

Perang Peringkat Kedua (Perang Endau & Kuantan), berlaku dalam tahun 1861M. Kali ini ikhtiar Tun Ahmad untuk menawan Pahang mendapat sokongan dan dokongan dari salah seorang Orang Besar Berempat Pahang yang paling berpengaruh, iaitu Maharaja Perba dari Jelai yang bernama Tok Raja Wan Idris. Peristiwa Tok Raja berpaling tadah berpunca dari kemunculan Sultan Mahmud Syah Lingga yang baru dimakzulkan oleh Belanda dalam tahun 1857M. Sultan Mahmud yang pergi ke Pekan, Pahang dalam tahun 1858M telah disambut dengan penuh adat istiadat oleh Bendahara Tun Mutahir. Dalam waktu ziarah baginda ke Pekan, berlangsung 3 majlis perkahwinan, iaitu diantara baginda dengan puteri Tun Mutahir, antara putera Tun Mutahir dengan saudara perempuan Sultan Mahmud dan juga kemudiannya diantara seorang lagi puteri Tun Mutahir dengan putera Temenggung Johor ketika itu yang bernama Enche Wan Abu Bakar (kemudiannya menjadi Sultan Johor yang pertama dari darah Temenggung). Dalam tempuh ini tiada sebarang ura-ura yang menunjukkan bekas Sultan di Lingga itu menuntut Bendahara Tun Mutahir agar merajakan baginda di bumi Pahang. Kemudiannya Sultan Mahmud telah pergi ke daerah Jelai buat beberapa bulan lamanya, iaitu sebuah jajahan Maharaja Perba Tok Raja. Tok Raja merupakan ?de facto? raja bagi rakyat Jelai dan sangat dimulia dan dibesarkan oleh mereka.

Dari Jelai, terdengar khabar yang bergolak mengatakan Tok Raja berpaling sembah. Tidak berapa lama kemudian, Tok Raja dan puteranya Wan Muhammad telah mengiringi angkatan bekas Sultan Lingga itu kembali ke Pekan. Tun Mutahir yang mendapat khabar tentang tindakan Tok Raja mengubah kesetiaannya, tentang persiapan Tun Ahmad untuk melanggar Pahang buat kali kedua, serta mendapat surat dari British pula yang memberikan amaran keras kepadanya supaya jangan ?elindungi? Sultan Mahmud, dengan ancaman untuk menyerang Pahang, telah bersikap dingin sekembalinya Sultan Mahmud ke Pekan.

Sultan Mahmud kemudiannya berangkat ke Terengganu dengan diiringi oleh Tok Raja berserta puteranya Wan Muhammad untuk berjumpa dengan Sultan Baginda Omar, ayah saudara baginda. Selepas itu, Sultan Mahmud pergi menemui Tun Ahmad di Kemaman. Di sini, baginda telah memberikan restunya atas ikhtiar Tun Ahmad untuk menawan negeri Pahang dan menyuruh Tun Ahmad mengambil khidmat dari Tok Raja. Tidak berapa lama kemudian British membedil Kuala Trengganu kerana Sultan Mahmud dilindungi di Trengganu. Sultan Mahmud serta keluarganya lantas pergi ke Bangkok mencari bantuan.

Semasa ketiadaan Tok Raja dua beranak di Pahang, anakndanya yang bernama Wan Embong yang menjadi penggantinya sebagai ketua di jajahan Jelai telah mencetuskan suatu pemberontakan. Pemberontakan ini tercetus semasa ketiadaan Tun Mutahir (baginda berada di Dungun pada waktu itu), dan ada kena mengena dengan tindakan ayahnda dan saudara Wan Embong berpaling tadah kepada Tun Mutahir. Dalam pemberontakan tersebut, Wan Embong akhirnya dibunuh oleh para pengikut Tun Mutahir. Tok Raja yang mendapat perkhabaran mengenai kematian puteranya itu langsung bulat hatinya untuk membalas dendam dan bersedia mencurahkan segala tenaga dan kesetiaannya pada Tun Ahmad.

Suatu lagi peristiwa yang berlaku dalam tempuh terjadinya Perang Saudara Peringkat Kedua di Pahang, ialah buat pertama kalinya semenjak kemangkatan Tun Ali, timbul isu keujudan surat wasiat Al-Marhum, dimana Tun Ahmad mendakwa kekandanya melanggar amanat ayahnda mereka dalam surat wasiat tersebut. Gabenor Cavenagh yang mendapat maklumat mengenai isu surat wasiat tersebut telah bertindak berjumpa sendiri dengan Tun Mutahir bagi mendapatkan pengesahan baginda. Dalam pertemuan tersebut, Perdana Menteri Engku Sayyid telah memaklumkan kepada Cavenagh bahawa surat wasiat tersebut sebenarnya merupakan suatu komplot salah seorang isteri Tun Ali. Beliau juga menegaskan bahawa Tun Ali telah sempat berwasiat kepada Tun Mutahir untuk mengusir Ahmad dari negeri Pahang kerana telah maklum akan siasahnya.

Dalam perjumpaan tersebut, Cavenagh telah meminta Tun Mutahir untuk ke meja rundingan bagi menyelesaikan masalah yang berlaku antaranya dengan Tun Ahmad.Cavenagh juga mendapat jaminan dari Tun Mutahir untuk memberikan sara hidup kepada Tun Ahmad walau apapun keputusan yang bakal dibuat dalam rundingan yang bakal diadakan itu. Tun Ahmad yang pada masa itu sedang terkepung di Kuantan telah berjaya meloloskan dirinya kerana kawalan keselamatan yang longgar (penumpuan keselamatan difokus pada Cavenagh dan pengikutnya). Surat perjanjian yang ditandatangani oleh Tun Mutahir mengenai hal kesediaan baginda ke meja rundingan telah dihantar kepada Tun Ahmad, namun surat tersebut ditolak bulat-bulat oleh Tun Ahmad, dan menegaskan bahawa ia akan tetap menawan Pahang samada hidup atau mati. Rundingan itu berlaku dalam Ahmad terkepung dan campurtangan pihak Britishlah yang melepaskan Ahmad.

Pada peringkat ini, Ahmad telah berjaya mendapat sokongan dan dokongan Maharaja Perba Tok Raja yang amat berpengaruh di daerah Ulu Pahang itu . Kesetiaan rakyat Jelai pada Tun Mutahir mula dicurigai kerana mereka lebih setia pada Tok Raja .Walaubagaimanapun Perang Saudara Peringkat Kedua tetap tidak memihak pada angkatan Tun Ahmad, walupun pada mulanya pihak Tun Mutahir menghadapi tentangan yang hebat darinya. Setelah terkepung, Tun Ahmad dan para pengikutnya berjaya meloloskan diri dan berundur kembali ke Terengganu, kemudian pergi menuju ke Kelantan dan berdiam diri di situ sehinggalah tercetusnya Perang Saudara Peringkat Ketiga dan yang terakhir.

Perang Saudara Peringkat Ketiga (Perang Temai), menyusul suatu kejadian pemberontakan yang dicetuskan pada awal tahun 1862M, oleh salah seorang kerabat Tok Raja (Wan Daud) yang ingin membalas dendam di atas kematian saudara sepupunya Wan Embong. Sebilangan rakyat di Ulu Pahang yang didenda oleh Tun Aman kerana mengkhianati Bendahara Tun Mutahir juga masuk ke kem Wan Daud. Bagaimanapun, bilangan mereka tidak banyak. Oleh itu, orang-orang Rawa (orang luar) seramai 400 orang telah diupah untuk melakukan pemberontakan di kawasan Ulu Pahang. Pemberontakan pada mulanya nampak berpihak pada Wan Daud dan para pengikutnya, tetapi kemudiannya dapat dicantas oleh angkatan Tun Mutahir. Wan Daud beserta orang-orangnya telah dapat dikepung

Susulan darinya, Wan Daud telah menghantar utusan pergi berjumpa dengan Tok Raja yang ketika itu bersama dengan Tun Ahmad di Kelantan bagi meminta pertolongannya. Tok Raja bersetuju untuk kembali membantu pemberontakan di Ulu Pahang dengan mendapat restu dari Tun Ahmad. Sekembalinya Tok Raja ke tanah jajahannya telah menaikkan semangat orang-orangnya yang terus membuat keputusan menyokong pendiriannya. Pemberontakan demi pemberontakan yang berlaku di Ulu Pahang akhirnya telah memihak kepada Tok Raja, beberapa daerah kecil jatuh ke tangan para pemberontak tersebut.. Dengan keyakinan baru, Tok Raja dengan para pengikutnya menjemput Tun Ahmad kembali ke Pahang. Sampai di Tembeling, Tun Ahmad telah disambut secara besara-besaran. Dalam tempuh beberapa bulan berikutnya, Tun Ahmad dengan dokongan Tok Raja serta rakyatnya di Ulu Pahang telah berjaya mengambil satu demi satu daerah Pahang.

Beberapa perkara yang terjadi dalam tempuh ini telah dilihat sebagai faktor yang merugikan pihak Tun Mutahir. Antara yang terbesar ialah sikap menantunya Temenggong Abu Bakar yang agresif dalam tindak-tanduknya membantu Tun Mutahir menangkis serangan dari kem Tun Ahmad dan Tok Raja. Dalam keadaan Tun Mutahir tersepit itu sekonyong-konyong British memberi restu kepada Temenggung Abu Bakar Johor iaitu putera Temenggung Ibrahim untuk masuk campur. Walhal Almarhum Temenggung Ibrahim dihalang sekeras-kerasnya. Berbanding dengan ayahandanya, Temenggung Abu Bakar lebih disenangi Inggeris. Bantuan Temenggung Abu Bakar itu bukanlah percuma walaupun Tun Mutahir itu mertuanya. Tun Mutahir terpaksa menerima kerana hanya Johor sanggup membantu memandangkan seluruh Tanah Melayu ketika itu bergolak dengan hebat.

Temenggung Abu Bakar telah membuat suatu pengisytiharan bahawa ?ahang telah diamanahkan di bawah jagaannya?, atau seperti kenyataannya kepada beberapa pemerintah di Tanah Melayu bahawa ?udah terserah negeri Pahang itu kepada Seri Paduka anaknda jahat baiknya?. Temenggung Abu Bakar juga menawarkan hadiah bernilai $500 pada sesiapa yang dapat membunuh Tun Ahmad. Malangnya, sikap agresif yang ditunjukkan oleh Temenggung Abu Bakar telah menimbulkan kemarahan para pembesar tempatan di Pahang yang melihat tindakan baginda sebagai suatu campurtangan dari orang luar yang cuba mengambil alih kekuasaan dari mereka dalam urusan perang saudara di Pahang itu. Gabungan angkatan perang Temenggung Abu Bakar dari Rembau, Perak, Muar, dari tempat-tempat lain dan askar-askar upahan Bugis juga telah menyebabkan Orang-Orang Besar Pahang mula merasa tergugat dan terpinggir.

Pihak Tun Ahmad cepat-cepat mengambil kesempatan dari sini untuk mengisytiharkan ?perang sabil? dengan teriakan; ?kerana wajib mempertahankan orang yang mahu membinasakan negeri kita.? Susulan darinya, rakyat Pahang mula berpecah, ada yang masih setia kepada Tun Mutahir, namun ada yang mengalih sokongan kepada pihak Tun Ahmad. Kini perang saudara tidak lagi dilihat sebagai perang antara adik beradik, tetapi menjadi perang diantara orang Pahang dengan ?orang luar?. Malangnya ?orang luar? ini dilihat sebagai pendokong utama kepada Bendahara Tun Mutahir, maka bagindalah yang menjadi mangsa keadaan. Selepas Maharaja Perba, Orang Kaya Temerloh dan Orang Kaya Lipis pula berpaling tadah. Hanya Orang Kaya Chenor dan Orang Kaya Syahbandar sahaja yang masih setia kepada Tun Mutahir.

Muslihat British yang terus menerus membiarkan orang Jelai dan angkatan Tun Ahmad dari Kemaman melakukan pemberontakan dan menghuru-harakan negeri Pahang untuk beberapa bulan lamanya telah juga membantu ?erjuangan? Tun Ahmad untuk menawan bumi Pahang. Akhirnya, Tun Mutahir dan anakndanya Bendahara Muda Tun Koris mangkat semasa baginda sedang berundur di Kuala Sedili dan terus dibawa ke Johor dan dimakamkan di Tanjung Puteri.

Raja Bendahara Tun Abdul Rahman menyambung perjuangan
Dalam keadaan yang menyedihkan ini putera Tun Mutahir iaitu Tun Aman (Abdul Rahman) diangkat oleh Orang-Orang Kaya dipimpin oleh Orang Kaya Syahbandar sebagai Raja Bendahara Seri Maharaja , mengambil gelaran Almarhum ayahandanya serta meneruskan perjuangan Al-Marhum ayahandanya .Baginda dilantik dengan beradat menurut tradisi Bendahara-Bendahara dan Raja-Raja. Perjuangan Al-Marhum Tun Mutahir Tun Ali diteruskan oleh anakndanya Tun atau Engku Abdul Rahman (Wan Aman) sebagai Raja Bendahara Seri Maharaja , Engku Da (Wan Da) dan Engku Abdullah (Wan Abdullah). Tun Abdul Rahman yang dilantik sebagai Bendahara Seri Maharaja selepas kemangkatan ayahnda serta kekandanya Tun Koris telah bekerja keras bersama kedua-dua adindanya selama beberapa tahun untuk menuntut kembali teraju pemerintahan negeri Pahang. Malangnya, takdir tidak berpihak kepada mereka.

Buku-buku sejarah yang memperincikan perjuangan Tun Abdul Rahman telah mencatatkan bahawa Sultan Abu Bakar Johor, yang pada asalnya bergelar Temenggung telah memerintahkannya menolong dalam perang saudara di Selangor serta mencari pengaruh dan bantuan dalam ikhtiarnya untuk merampas kembali kekuasaan dari bendahara Tun Ahmad. Kali terakhir catatan mengenai Tun Abdul Rahman emperihalkan peristiwa dimana ia ditawan oleh Sayyid Mashur di Kelang iaitu dalam tahun 1871M. Adinda Tun Abdul Rahman yang bernama Tun Da itu kemudiannya dikatakan berbaik semula dengan Bendahara Tun Ahmad dan kembali semula bermastautin di Pahang. Keturunannya dikatakan masih berkembang biak diTembeling.

Itulah serba ringkasnya sejarah sebenar peristiwa perang saudara di Pahang. Akhirnya, diharapkan semoga pensejarahan ini berupaya membuka lembaran baru dalam pengkisahan-pengkisahan sejarah perang saudara di Pahang yang lebih neutral, seimbang dan realistik. Semoga pengkaji-pengkaji sejarah Pahang di masa-masa akan datang dapat berlaku adil dalam menelusi sejarah sebenar Raja Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir Tun Ali

Perang ini juga melibatkan orang-orang Lipis di Hulu Jelai, apabila Tok Raja yang berpengaruh pada mulanya memihak kepada Tun Mutahir berpaling sembah kepada Tun Ahmad yang telah menjadi Sultan Pahang Pertama. Salah satu bait syair oleh Suzana M. Osman

Tok Raja, Maharaja Perba,
Jajahan Jelai, bawah perintahnya,
Bila Tok Raja ubah setia,
Rakyat Jelai, rela turutnya.

Tembeling diambil, oleh Tok Raja,
Upah membantu, hai orang Rawa,
Ahmad dipanggil, bila berjaya,
Diangkat orang, lalu diraja.


Cerita ini adalah dari pihak keluarga Tun Mutahir. iaitu dari buku 'Mencari Sejarah Yang Hilang'. oleh : Suzana M.Osman

Sumber:http://lipis-zaini.blogspot.com/2008/10/cebisan-sejarah-pahang.html

Sunday 25 July 2010

Sejarah Berdirinya Israel

Israel sudah berdiri di Palestina selama kurang lebih 60 tahun. Jumlah yang sangat lama. Mereka menjajah Palestina dan hanya menyisakan Gaza saja yang belum futuh mereka taklukan. Di Gaza, ada sebuah tembok besar yang tak pernah berhasil diruntuhkan oleh Israel: Hamas. Bagaimanakah Israel berdiri?

Gerakan antisemit di seluruh dunia melahirkan reaksi balik berupa gerakan Zionisme sedunia, yang digagas oleh Dr. Theodore Herzl (1896), seorang Yahudi Hongaria di Paris. Menurut Herzl, satu-satunya obat mujarab untuk menanggulangi antisemitisme adalah adalah dengan menciptakan suatu tanah air bagi bangsa Yahudi.

Melalui pamfletnya yang berjudul “Der Yuden Staat,” Herzl mulai mempropagandakan cita-citanya tersebut. Awalnya Herzl belum menegaskan di mana letak tanah air bangsa Yahudi akan dibangun. Mula-mula disebut Argentina atau Palestina. Tetapi dalam kongres kaum Zionis pertama di Basel, Swiss tahun 1897, mereka menetapkan Palestina sebagai pilihannya.

Alasan pemilihan Palestina adalah latar belakang historis untuk mengembalikan ”Haikal Sulaiman” yang merupakan lambang puncak kejayaan Kerajaan Yahudi di tanah Palestina (sekitar 975 – 935 SM). Maka, sejak 1930 eksodus Yahudi dari Eropa ke Palestina meningkat tajam, terutama pada Era Nazi Jerman (Perang Dunia II).Berdirinya Israel tidak lepas dari keruntuhan khilafah. Khalifah Turki Utsmani Sultan Abdul Hamid sebagai penghalang terbesar diturunkan sebagai Khalifah oleh gerakan Turki Muda.

Waktu itu, tahun 1909, Sultan Abdul Hamid mengeluarkan pernyataan keras kepada Yahudi: ”Seandainya kalian membayar dengan seluruh isi bumi ini, aku tidak akan menerima tawaran itu. Tiga puluh tahun lebih aku mengabdi kepada kaum Muslimin dan kepada Islam itu sendiri. Aku tidak akan mencoreng lembaran sejarah Islam yang telah dirintis oleh nenek moyangku, para Sultan dan Khalifah Uthmaniyah. Sekali lagi aku tidak akan menerima tawaran kalian!” Tidak heran kalau kemudian Yahudi berkonspirasi menghancurkan Sultan Abdul Hamid.

Pada Perang Dunia I (1914-1918), Turki Utsmani bergabung dengan Poros Central (Jerman, Austria-Hungaria) melawan Sekutu. Namun pada 1916, Inggris dan Prancis berkongkalingkong untuk membagi wilayah Timur Tengah dan terkenal dalam Perjanjian Sykes Picot. Dalam Deklarasi Balfor tahun 1917, Inggris mendukung pembentukan Negara Yahudi di tanah Palestina.

Berikut adalah isi surat dari Arthur James Balfour yang berdiri di belakang perjanjian laknat itu. ”Lord Rothschild yang terhormat, saya sangat senang dalam menyampaikan kepada Anda, atas nama Pemerintahan Sri Baginda, pernyataan simpati terhadap aspirasi Zionis Yahudi yang telah diajukan kepada dan disetujui oleh Kabinet. Pemerintahan Sri Baginda memandang positif pendirian di Palestina tanah air untuk orang Yahudi, dan akan menggunakan usaha keras terbaik mereka untuk memudahkan tercapainya tujuan ini, karena jelas dipahami bahwa tidak ada suatupun yang boleh dilakukan yang dapat merugikan hak-hak penduduk dan keagamaan dari komunitas-komunitas non-Yahudi yang ada di Palestina, ataupun hak-hak dan status politis yang dimiliki orang Yahudi di negara-negara lainnya . Saya sangat berterima kasih jika Anda dapat menyampaikan deklarasi ini untuk diketahui oleh Federasi Zionis.”

Tahun 1918, Palestina jatuh. Jendral Allenby merebut Palestina dari Khilafah Turki Utsmani. Setahun kemudian, secara resmi mandat atas Palestina diberikan kepada Inggris oleh LBB. Pada tahun 1947, PBB dengan sewenang-wenang membagi dua wilayah Palestina. 1948 menjadi tahun bersejarah bagi Yahudi karena merupakan tahun deklarasi pembentukan Israel. Tepat hari berakhirnya mandat dan penarikan pasukan Inggris dari Palestina dideklarasikan Pendirian Negara Israel, 14 Mei 1948.

Ada beberapa perang yang pantas diingat dalam sejarah berdarah Yahudi. Pada 1948 ada Perang Arab Israel I. Mesir, Jordania, dan Syria masing-masing menduduki Gaza, Tepi Barat dan Dataran Tinggi Golan. Pada 1967 terjadi Perang 6 Hari, Mesir, Jordani, Syiria menyerang Israel, tapi justru kehilangan ketiga daerah hasil perang 1948 bahkan Gurun Sinai lepas dari Mesir. Dan pada tahun 1973 terjadi Perang Yom Kippur, Mesir dan Syria menyerang Israel. Diikuti embargo minyak kepada negara-negara Barat.

Tapi pada tahun 1978 dalam Perjanjian Camp David, Mesir mendapatkan kembali Gurun Sinai dengan syarat tidak lagi memerangi Israel. Gaza, Tepi Barat dan Dataran Tinggi Golan tetap dalam kontrol Israel. Puncaknya pada tahun 1992 dibuat Perjanjian Oslo. Pengakuan PLO atas eksistensi Israel dan penunjukkan PLO sebagai otoritas resmi atas Jalur Gaza dan Tepi Barat. Sejak saat itu Israel semakin berdiri kokoh di tanah jajahannya, Palestina.

Sumber: http://www.eramuslim.com/berita/palestina/sejarah-berdirinya-israel.htm